Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan, datang
seorang pengemis yang lusuh serta lapar meminta makanan:
"Tolonglah tuan, sejak semalam saya tidak menjamah apa-apa". Dengan muka
yang bengis si suami menghalau dan menengking si pengemis itu.
Si
suami berkata dalam hati " Aku membina kekayaan bukan untuk orang lain,
tetapi untuk diri dan keluargaku". Si isteri ingin bersedekah tetapi
tidak dapat berbuat demikian melihatkan sikap suaminya.
Beberapa tahunn kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia
menjadi miskin. Dia menceraikan isterinya keranan tidak mahu isterinya
turut menderita sepertinya. Setahun kemudian isterinya yang masih cantik
itu berkahwin dengan lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suaminya mengadap makanan, datang
seorang pengemis mengetuk sambil meminta belas kasihan. mendengar rayuan
pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi
berlaukkan seperti yang mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menerkup
muka sambil menangis dan berkata si pengemis itu sebenarnya adalah bekas
suaminya yang dulunya pernah menengking seorang pengemis.
Suaminya yang baru itu menjawab dengan tenang "Demi Allah, akulah sebenarnya pengemis yang dihalau dan ditengking dulu."
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan
tidak selalunya di atas. Ada masanya kita akan turun ke bawah dan naik
semula atau sebaliknya.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan"
Anas Bin Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud "Barangsiapa
yang mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barangsiapa
yang mempuyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa
yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya"
No comments:
Post a Comment