Sejarah 1 April
Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama
bertapak di sana
telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk
Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan
diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana
tidak dapat menghapuskan orang Islam. Maka tersebarlah berita bahawa orang
Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal
yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri
pergi menyiasat adakah berita itu benar. Setelah pasti dengan khabar berita
itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan
mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun sebaliknya yang
berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan
membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol
dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal
1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk
mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh
mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan APRIL FOOL dengan orang Islam.
April Fool adalah acara universal yang disambut semata-mata untuk menyakat, mengenakan orang, atau buat surprise konon nak bagi kawan terkejut badak, macam dlm rancangan Wa Kena Beb..!! walaupun nawaitunya sekadar bergurau or suke2 tapi teramatlah tak eloknya perbuatan tu.., bayangkan kalau org yg kita kenakan tu tak suka diperlakukan macam tu atau hari tu 'angin' dia tengah tak baik.., kan boleh jadi gaduh, berdendam atau bermasam muka..., sape rugi...?
1 April.., samaada
ianya berkaitan dengan agama Islam atau tidak, dan walau apa pun alasannaya kita tidak patut menyambut dan membudayakannya kerana sudah jelas ianya berasal dari
Barat dan tidak ada faedahnya. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W...
"Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?"
[Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Selayaknya kita digelar fool andaikata kita sanggup jadi pak/mak turut mengikut apa saja "cara hidup" orang-orang
Yahudi dan Nasrani, dari hujung rambut sampai hujung kaki, hinggalah dalam
perkara-perkara yang tidak munasabah pun sanggup ikut....

No comments:
Post a Comment