Saturday, 31 March 2012

Roda Kehidupan

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan, datang seorang pengemis yang lusuh serta lapar meminta makanan:

"Tolonglah tuan, sejak semalam saya tidak menjamah apa-apa". Dengan muka yang bengis si suami menghalau dan menengking si pengemis itu.

Si suami berkata dalam hati " Aku membina kekayaan bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku". Si isteri ingin bersedekah tetapi tidak dapat berbuat demikian melihatkan sikap suaminya.

Beberapa tahunn kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia menceraikan isterinya keranan tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian isterinya yang masih cantik itu berkahwin dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suaminya mengadap makanan, datang seorang pengemis mengetuk sambil meminta belas kasihan. mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menerkup muka sambil menangis dan berkata si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulunya pernah menengking seorang pengemis.

Suaminya yang baru itu menjawab dengan tenang "Demi Allah, akulah sebenarnya pengemis yang dihalau dan ditengking dulu."

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan"

Anas Bin Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud "Barangsiapa yang mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barangsiapa yang mempuyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya"

Friday, 30 March 2012

Muslimah Itu


Aku lihat muslimah itu.
Dari kejauhan pandanganku.
Aku lihat muslimah itu.
Pandangannya tunduk memaku.
Aku lihat muslimah itu.
Bibirnya sentiasa bergerak laju memuji Tuhan Yang Satu.
Aku lihat muslimah itu.
Sentiasa tunduk membaca kalimah-kalimah Tuhanku.
Aku lihat muslimah itu,
Mengeluarkan suara hanya apabila perlu.
Aku lihat muslimah itu,
Dan benar aku cemburu.

Kerana yang aku mahu,
Muslimah yang aku lihat itu,
Adalah diriku.
Kerana yang aku mahu,
Muslimah yang tunduk pada yang satu itu,
Adalah diriku.
Kerana yang aku mahu,
Muslimah yang bergetar rasa takut kepada Tuhan itu,
Adalah diriku.
Aku mahu menjadi muslimah itu.
Sangat mahu.
Tuhan,
Bantu aku.
Bantu hamba-Mu.
Untuk sentiasa mengejar cinta teragung-Mu.
Untuk sentiasa menjaga setiap saat kehidupanku.
Untuk syurga-Mu.

karya  Fathlea H  ~jzkk~

Monday, 26 March 2012

Like....??


Sampai kiamat pon kita x kan  boleh puaskan hati org.., lebih2 lagi spesis yg busuk hati, apa jer yg kite buat sumenya serba x kena di mata dorg..., bagi aku Like ker..Comments ker..or Share itu perkara subjektif.....nak buat ape sibuk2...sebarkan statement kononnya org yg berdakwah di alam maya itu mengharapkan org LIKE supaya nmpk glamer.., Apa salahnya mereka berdakwah di dinding fb... utk saling ingat mengingati, dan menyeru ke jalan kebaikan ,.. Tak payah amik contoh org lain.., bagi aku yg daif ni.., aku berterima kasih kepada mereka dengan isyarat LIKE...kerana tulisan mereka berjaya mengetuk pintu hati ini dan berjaya bak kate org johor..'menunjal' kepala otak aku yg selama ini pegun dek kerana  mamai dengan keasyikan hiburan yang melalaikan...,

Renungkanlah..sepatutnya, usaha berdakwah ni patut dipuji n disokong. bukannya dikondemkan, dicantas atau dipijak2... kalau betul diri tu dah bagus sangat...kenapa x kondemkan pesbuk2 hiburan yg sudah terang lagi bersuluh..'lagha'..! yg tu lagi afdal...

Moral of the story nyer kat sini ...tolonglah jgn cepat bersangka buruk dengan orang lain...para pendakwah ni ikhlas ke x ikhlas itu urusan dia dgn Allah..., xpe lah wahai insan2 yg celik mata hati  yg sedar akan tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi ini, anda mampu melihat dlm dimensi tersendiri akan kemusnahan akhlak umat akhir zaman..,  teruskan berjuang...jangan ambil pusing dgn komen LANGAU2 itu.....,

Thursday, 22 March 2012

~YANG~


~Yang Singkat Itu "WAKTU".
~Yang Menipu Itu "DUNIA".
~Yang Dekat Itu "KEMATIAN".
~Yang Besar Itu "HAWA NAFSU".
~Yang Berat Itu "AMANAH"
~Yang Sulit Itu "IKHLAS".
~Yang Mudah Itu "BERBUAT DOSA".
~Yang Susah Itu "SABAR".
~Yang Sering Lupa Itu "BERSYUKUR".
~Yang Membakar Amal Itu "GHIBAH".
~Yang Mendorong Ke Neraka Itu "LIDAH".
~Yang Berharga Itu "IMAN".
~Yang Menenteramkan Hati Itu "TEMAN SEJATI".
~Yang Ditunggu Allah Swt. Itu "TAUBAT".

Sunday, 18 March 2012

Cantik

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.
Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkaca lah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani. Siapa anda, anda sendiri yang menentukan.

Tuesday, 13 March 2012

Aku Seorang Perempuan


Aku adalah orang yang Rasulullah s.a.w. berpesan kepada umatnya agar berlemah lembut denganku.
Aku juga digambarkannya dengan gambaran yang indah dan syahdu
Dia menjadikan hatiku tempat orang lain menagih cinta dan rindu

Aku adalah seorang perempuan
Di dalam diriku lautan kemesraan
Ada  cinta dan kelembutan
Ada kasih dan romantisnya
Di wajahku yang tenang
Ada segunung sabar dan benteng keluli.

Aku seorang perempuan
Aku bisa menangis andai kulitku yang lembut ditusuk duri yang kecil
Namun aku bisa berdiri teguh menghadapi ribut taufan yang melanda hatiku yang lemah.

Aku seorang perempuan
Gembiranya aku memperoleh cinta seperti gembiranya si kecil mendapat mainan baru yang comel.
Di kala serius aku laksana 100 orang lelaki
Di kala bermain aku lembut dan manja.

Aku seorang perempuan
Aku bukan tawanan atau tebusan di tangan lelaki yang ingin menghancurkan.
Sekiranya dia menghendaki aku sebagai kawan
Aku menjadi penunjuk jalan
Aku menjadi penenang dan tempat dia berlabuh pulang
Aku selimuti dia dengan cinta yang melimpah laksana sungai.

Aku seorang perempuan
Adakah engkau tau siapa aku
wahai lelaki terhormat...?

Saturday, 10 March 2012

dulu..&..sekarang... :-D


Before marriage.
Darling here.. darling there...
After marriage.
Baling here... baling there..

Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
'You die, up to you. '
Lagi lama married.
You die I help you!

Before marriage.
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. . up to you .
Lagi lama married.
You go anywhere, better u got lost!!

Before wedding
you are my heart, you are my love'
After wedding
'you get on my nerves.

Before wedding
'you are sweet and kind just like Cinderella'
After wedding
'you are worse than godzila'

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I sue you!

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la!

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or pontianak

Thursday, 8 March 2012

Bersangka Baik Tehadap Pasangan...

Untuk mengekalkan cinta perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk membina pemikiran yang positif seterusnya membentuk sikap yang positif:

Fokus pada tanggung jawab, bukan menuntut hak.
Fokus pada tanggung jawab – sebagai suami atau isteri kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan tanggung jawab. Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Ingatlah, berterusan memperjuangkan kesempurnaan dalam dunia (termasuk rumah tangga)  yang tidak sempurna ini hanya akan menjerumuskan kita ke lembah dendam, marah, kecewa dan kemurungan. Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggung jawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam hati mereka seperti mana ketenangan yang dirasai oleh Siti Asiah isteri kepada Firaun.

Sering berdamping dengan orang yang positif.
Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap kita. Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. Jauhkan ‘toxic people’ yang sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari kehidupan berumah tangga.

Jadikan sekarang masa paling gembira.
Jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!

Cari jalan untuk mengatasi stres
Stres akan menyebabkan keletihan dalam pemikiran dan perasaan yang lama-kelamaan akan membentuk sikap yang negatif. Oleh itu lakukan aktiviti fizikal seperti membaca, beriadah atau perlakuan yang memerlukan konsentrasi mental, fikiran, jiwa dan emosi kita akan melalui tempoh ‘pause’ atau istirahat.

Jangan terlalu serius. 
Hiburan umpama garam dalam masakan. Tidak perlu terlalu banyak, tetapi cukup sekadar keperluan untuk memberi rasa yang enak. Ya, sedangkan Rasulullah s.a.w lagikan bergurau dengan isteri-isterinya, mengapa kita tidak?

Kesimpulan.
Bersangka baiklah walaupun kekadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk itu telah benar-benar terjadi. Begitulah hidup… satu siri misteri yang tidak dapat ditebak dan diduga. Apa yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur Allah tambah nikmat. Bersyukurlah dengan pasangan yang ada, Insya-Allah, Tuhan akan menambah kebahagiaan kita. Bak kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”

sumber: Pahrol Mohd Juoi ~jzkk~

"Pengajaran dan persediaan buat diriku bila melangkah ke alam ini  kelak...InsyaAllah.."

Wednesday, 7 March 2012

Apa itu zina 'hati'...?

Zina hati itu adalah hati yang menaruh niat untuk berzina,  menikmati hubungan persetubuhan luar nikah. Itu yang dimaksudkan dengan zina hati.

 Rasulullah saw pernah bersabda:-
Maksudnya:
Dituliskan ke atas anak Adam nasibnya dari zina, dia pasti melakukannya tanpa dimungkiri. Dua matanya berzina dengan melihat, kedua telinganya berzina dengan mendengar, lidahnnya berzina dengan kata-kata, tangannya berzina dengan meraba, dan kakinya berzina dengan melangkah, dan hatinya cenderung serta menginginkan. Dan dibenarkan atau didustakan perkara (zina) itu oleh kemaluan.
[Riwayat oleh Muslim]

Mengatasi zina hati  
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.

Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

Mahkamah Hati

Bukankah kita sering diperingatkan,  berani kerana benar, takut kerana salah? Benar itu menjadi sumber keberanian. Salah itu punca ketakutan. Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan, akibat terus menerus melakukan kesalahan. Bersalah menimbulkan rasa bersalah. Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf dan taubat. Bersalah dengan manusia pun sudah cukup meresahkan, apatah lagi bersalah kepada Allah.
Mahkamah pengadilan itu ada tiga.


Pertama, mahkamah di dunia, yang mana saksi, pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga. Kekadang, dengan kebijaksanaan dan kelicikan, mahkamah dunia ini dapat diperdayakan. Telah sering kali yang bersalah terlepas, sebaliknya yang benar pula terhukum. Justeru, masyhurlah kata hukama, tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini. Jerung sering bolos, bilis sahaja sering di gilis.

Kedua, mahkamah di akhirat, yang hakimnya Allah yang Maha Adil. Di sana nanti, yang benar akan terserlah, yang salah pasti kalah.  Akan ketara segalanya walau bagaimana pandai sekalipun bersilat kata. Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri akan “hidup” untuk menjadi saksi. Kulit, tangan, kaki dan segala anggota akan bercakap. Rupa-rupanya “body” yang kita jaga, elus dan belai kini, akan mendakwa kita di mahsyar nanti. Dan di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki.

Ketiga ialah mahkamah hati. Saksi, pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri. Hati kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya. Protesnya  terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia. Fitrahnya akan menjerit. Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemiliknya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan.
Jangan dilawan fitrah sendiri yang menyukai kebaikan dan membenci kejahatan.  Fitrah ini adalah kurniaan Allah, yang dengannya seseorang boleh menerima pengajaran dan didikan. Jika fitrah sukakan kebaikan itu disubur, dididik dan dipimpin, maka jalan hidup akan harmoni dan bahagia. Sebaliknya, jika fitrah yang baik itu dibiarkan, diabaikan apatah lagi jika ditentang, maka tidak akan ada lagi kebahagiaan dan ketenangan. Jadi, hati-hati menjaga hati, agar hati itu tidak mati!
Rasulullah SAW sangat arif tentang hakikat ini. Justeru, apabila beliau ditanyakan, apakah itu dosa? Baginda menjawab:
“Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya.”

Justeru, sering-seringlah bersidang di mahkamah hati. Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri. Hati itu tidak akan berdusta selagi ia tidak mati!

Friday, 2 March 2012

8 sifat wanita disukai lelaki...


1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…


p/s...Yeker..org lelaki suke kategori wanita yg camni..? Pendapat masing2..., bagi aku, aku lebih suka jdi diri sendiri..be yourself..cewahh..!!... biarlah siapa yg mencintai aku, menerima aku seadanya...itu lebih baik....,

Salam Jumaat....

Hari ni dah jumaat..cepatnya masa berlalu..., mcm bru semalam ahad...adoii...,hari ni sejuk jer...ntah bile msanye start ujan yg pasti msa aku terjaga dr tidur sebelum subuh tadi...hujan dah turun...eramm...takpe hujan itu satu rahmat dari Allah swt...dan klu nak berdoa time2 camni nabi saw sndiri galakkan kita berdoa...,
Alhamdulillah Allah masih izinkan aku utk bernafas dan menikmati kehidupan yg serba indah ini...,walaupon org kata langit x selalu cerah ada msanya aku down dgn cobaannn dan ujian yg dtg..., lebih2 lagi godaan yg cuba menarik aku join the club 'syaitan'...na'uzubillah...

Thursday, 1 March 2012

SENYUMLAH...:))


"Harta yang paling untung adalah SABAR...
Teman yang paling akrab adalah AMAL..
Pengawal yang paling waspada DIAM...
Bahasa yang paling indah ialah SENYUM..
Orang yang paling MANIS, orang yang menghulurkan senyuman dengan IKHLAS..
kerana selain sedekah
senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati dan senyuman itu tidak menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit,..."